Kenapa Projek Anda Gagal?

Kenapa sesebuah projek itu gagal atau susah mencapai KPI yang ditetapkan?

Anda mungkin pernah mengalaminya lebih-lebih lagi jikalau anda berada di dalam project team atau menjadi Project Manager. Atau mungkin anda merupakan seorang pekerja bagi syarikat swasta yang banyak bergantung kepada projek-projek kerajaan dan swasta. Kegagalan dalam projek akan menyumbang kepada kerugian dari segi moral dan kewangan buat sesebuah syarikat dan project team. Pelanggan-pelanggan mula menyalahkan anda dan cuba mengambil tindakan penalti kepada syarikat anda yang akhirnya menyebabkan keuntungan sasar syarikat tidak tercapai. Malah pelanggan-pelanggan anda sudah tidak mahu berurusan dengan anda lagi. Nama anda sudah busuk di dalam industri. Pekerja-pekerja mula hilang moral dan perlahan-lahan mengambil keputusan untuk meninggal syarikat atau team anda, yang mana akan memburukkan lagi keadaan koordinasi syarikat.

Di sini saya senaraikan punca-punca kegagalan projek secara ringkas:

  1. Melantik Project Manager yang tidak cekap dan tidak berkelayakan (mengikut tahap kerumitan projek).
  2. Project Manager tidak diberi kuasa yang sewajarnya dalam melaksanakan projek.
  3. Projek tidak mendapat sokongan dari pihak-pihak dalam syarikat.
  4. Membuat anggaran kos yang tidak tepat dah tidak munasabah.
  5. Gagal untuk mengenal pasti kos-kos yang tersembunyi.
  6. Mengambil mudah soal pengurusan kontrak.
  7. Tidak membuat perancangan secara menyeluruh dan terperinci. Lebih tertarik untuk melaksanakan projek daripada membuat perancangan.
  8. Tak ambil kisah pasal pengurusan risiko.
  9. Project Manager dan project team lemah dalam menguruskan komunikasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan di dalam projek.
  10. Tidak pandai memahami objektif bisnes, objektif projek, fokus dan skop.
  11. Tidak berdisiplin dalam melaksanakan projek.
  12. Tidak membuat pemantauan dan kawalan semasa perlaksanaan projek.
  13. Memilih bahan-bahan berkualiti rendah semata-mata untuk menjimatkan kos.
  14. Berjanji dengan pelanggan dengan garis masa atau jadual projek yang terlalu optimistik (tidak berdasarkan kepada situasi sebenar).

Dan banyak lagi. Oleh itu, sesebuah syarikat dan Project Manager haruslah memahami konsep-konsep pengurusan projek yang betul supaya projek yang dilaksanakan membuahkan hasil dan menepati kehendak pelanggan. Proses ini mungkin akan mengambil lama berdasarkan pengalaman, ataupun melalui proses pembelajaran berdasarkan amalan terbaik yang dilakukan oleh project managers seluruh dunia yang mereka sendiri pernah melalui kegagalan dan kejayaan dalam melaksanakan projek. Sudah tentu pembelajaran seperti ini dapat mempercepatkan proses untuk syarikat dan project manager menjadi lebih matang dalam pengurusan projek.

PM Advance Resources, PM Advance, Wangsa Maju, PM Advance Wangsa Maju, PM Advance Kuala Lumpur, PMP, PMP training, pmp boot camp, pmp certification, pmp training cost, pmp exam prep, pmp questions, pmp certification Malaysia, pmp certification KL, pmp certification Kuala Lumpur, pmp results Malaysia, project management training Malaysia, project management short courses Malaysia, pmp course in KL, project management training Malaysia 2016, pmp training kuala lumpur, project management